Isnin, Julai 23

World Cup U20 Final: Argentina 2-1 Czech Republic



Martin Fenin memecah kebuntuan dengan rembatan cantiknya membolehkan Republik Czech mendahului. 2 minit selepas itu akibat kebijaksanaan pemain pertahanan Republik Czech, Sergio Aguero yang juga ketua pasukan Argentina yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol dengan tenang selepas menerima lorongan cantik. Ketika babak perlawanan dijangka diheret ke masa tambahan, Mauro Zarate merembat masuk ke gawang Republik Czech dan membolehkan Argentina memenangi pertandingan itu sebanyak 6 kali.

Asian Cup Semifinalist



http://www.afcasiancup.com

Pecat Memecat...


Sempena meraikan tahun melawat Malaysia 2007...

Rabu, Julai 18

Apakah Nasib Kita...




Malaysia tiada dalam jadual...
-astro.com.my-

Ahad, Julai 15

Bolasepak ala drama Korea..

TIADA kualiti untuk bersaing di peringkat tertinggi seperti Piala Asia. Itulah senario skuad bola sepak kebangsaan ketika ini.

-Norizan Bakar-



Prestasi buruk skuad bola sepak negara dalam Piala Asia sepatutnya dipikul oleh semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan badan naungannya dan bukan hanya Tengku Abdullah yang meletak jawatan semalam.

-Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said-



“Saya tak sangka tindakan ini akan berlaku dan kami (Ahli Majlis FAM) tidak diberitahu,”

-Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin-



Akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan isu perletakan jawatan Timbalan Presiden FAM.

-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-



Skuad negara semalam pula tidak turun menjalani latihan di Stadium Petaling Jaya seperti yang dijadualkan, seakan-akan ‘berkabung’ dengan pengunduran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

-Pasukan Kebangsaan-

Copa America Final :Brazil 3-0 Argentina



Brazil telah memenangi Copa America dengan permainan rentak samba menentang Argentina walaupun hanya bermain secara bertahan dan memperolehi gol secara counter-attack. Brazil berjaya membolosi Argentina terima kasih kepada penyerang terbaru mereka, Roberto Ayala pada minit ke-40. Tetapi sebelum itu Baptista terlebih dahulu memecah kebuntuan seawal minit ke-4 dan gol akhir dijaringkan oleh Dani Alves pada minit ke-69 hasil jolokan cantik Vagner Love.

Perletakan jawatan Timbalan Presiden FAM



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berkuat kuasa serta merta.