Ahad, Julai 15

Bolasepak ala drama Korea..

TIADA kualiti untuk bersaing di peringkat tertinggi seperti Piala Asia. Itulah senario skuad bola sepak kebangsaan ketika ini.

-Norizan Bakar-



Prestasi buruk skuad bola sepak negara dalam Piala Asia sepatutnya dipikul oleh semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan badan naungannya dan bukan hanya Tengku Abdullah yang meletak jawatan semalam.

-Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said-



“Saya tak sangka tindakan ini akan berlaku dan kami (Ahli Majlis FAM) tidak diberitahu,”

-Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin-



Akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan isu perletakan jawatan Timbalan Presiden FAM.

-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-



Skuad negara semalam pula tidak turun menjalani latihan di Stadium Petaling Jaya seperti yang dijadualkan, seakan-akan ‘berkabung’ dengan pengunduran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

-Pasukan Kebangsaan-